Monday, 16 November 2015

Kopee Paste

Malam ni dinner dekat luar..Mr husband bawa makan dekat kedai western..Nama kedai ni "Kopee Paste" dan decoration pun ala-ala kedai 'Hipster'..kalau google bole jumpa utusan online keluar cerita pasal kedai ni..bole view dekat sini http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/perak/hidangan-diraja-8232-di-kafe-kopee-paste-1.143301

Menarik pasal kedai ni..owner dia penah jadi chef di Istana Negara..Owner ni jadi chef untuk Yang Dipertuan Agong..Waktu tu Sultan Mizan Zainal Abidin yang jadi Agong..Nak tahu Sultan Terengganu ni suka makan apa kena la baca artikal utusan yg dalam link tu...

Cik Haza pun waktu makan kat kedai ni tak tau pun cerita pasal chef kedai ni..lepas 2 bulan dah makan dekat sini, baru nak tulis blog..bila google dan baca artikal tu baru la tahu tuan empunya kedai ni penah jadi tukang masak untuk bekas Agong kita...

 Antara decoration dekat kedai ni

 Krik..Krik..Krik..view sisi kedai

 View belakang kedai

Okeh malam ni tekak Cik Haza nak pekena western food..Jadi Cik Haza order

Grill Chicken Chop..Kuah blackpaper
 Lamb Chop kuah blackpaper untuk Mr Husband punya

 Try Mushroom Soup with Garlic Bread..So so je

 Untuk anak-anak ambil set meal Kids meatball sedap jugak meatball tu dan air hazelnut coffee (sungguh sedap) dengan fresh apple dia pun sedap..

 Cik Amir pulun makan

 Opsss..Alhamdulillah..ni sebab perut lapar ke atau memang sedap..habis licin kena sapu..

Harga untuk makanan kami ni tak da la mahal sangat..Kira harga mampu milik...tak murah dan tak mahal macam dekat 'Menate'...hikhik

 Total RM 51.00 untuk semua sekali

Lokasi kedai ni sederet dengan Aeon Manjung dan bersebelahan Hospital Pantai...Shoplot yang paling tepi..sebelah kedai repair kereta..

 Alamat Kopee Paste

 Services lain yang disediakan Kopee Paste

Jadi orang Manjung, Setiawan, Lumut kalau nak cari kedai hipster boleh la try lepak dekat sini..Cari saja kedai nama Kopee Paste...

 Selamat menjamu mata dan perut

Thursday, 29 October 2015

Alhamdulillah cepat nya dah 1 ye anak mama & ayah..!!!

Gambar amir pegang periuk konon² nak masak...khas utk tatapan ayah amir :)



Throwback date hari ni tahun 2014
Episod : dalam terpaksa kami relakan aja..

Al kisah membe opis bagi rasa sikit yam pie yg tgh pemos..sebijik mcm gambo tu..sedap pulak..balik keje ajak la somi g membeli yam pie..
Aku ni kalau makanan yg sedap ni..suka taruh last² baru nak makan..
So simpan la utk mkn tgh mlm kot² lapar..
Alih² tgh mlm kena admit hospital..kelam kelibut punya pasal sampai hospital baru ingat kan pie tu..

Call la somi dkt 10-20 kali..semua masuk voice mail..
Maka telan la air lior mengenangkan yam pie dlm labor room..huaaaa..
Dah check out hospital saja tanya soalan cepu mas..hmmmm..yam pie tu buang ke?

Somi dgn muka tak bersalah: dah hbs dah makan..
Waaaa..dlm hati nagis sambil laju² telan air lior mendengo jawapan dia..
Padan muka dkt diri sendiri..suka beno taroh² makanan..lain kali kalau sedap yang tu la makan dulu...

dah setahun rupanya aku & amir dok menungu yam pie..bila la nak dpt makan nya..yg ni kenangan paling indah ayah tinggalkan utk amir & mama kenang selagi kita tak dpt makan yam pie ;p

"HappY birThday Muhammad Amir DaniyaL"

Friday, 2 October 2015

Masak 2 rasa..

Selalu orang masak 3 rasa..Tapi Cik Haza bagi nama 2 rasa..sebab nya masak tak cukup bahan..Rasa manis nya hilang sebab tak ada nenas..Jadi la rasa masam dan masin je..Tak cukup bahan pun tapi En husband cakap sedap..Kembang kejap bila orang puji...


Bahan-bahan untuk kuah:
1 ulas Bawang besar 
2 ulas Bawang putih
Halia agak2
2 sb Cili Kisar
( semua bahan di atas di blender)
1 biji tomato potong dadu
Nenas ( Cik Haza skip part ni)
2 batang Serai ditumbuk hujung
Sos Cili
Sos Tomato
Gula
Garam

1.Panaskan minyak, tumis bahan yang di blender sampai naik bau..
2.Masuk kan serai,tomato yang di potong dadu..
3.Agak2 tomato layu..masuk kan sos cili,sos tomato,garam dan gula ikut sedap rasa..
4.Kalau kuah nampak sikit tambahkan air bagi banyak dan biar kan sekejap bagi kuah pekat sikit..
5.Bila kuah dah masak dan rasa dah umphhh bole la letak atas ikan yang digoreng garing.. 



Wednesday, 9 September 2015

AqiL tUrNs TwO..!!!





9 September 2015..

Masuk dua tahun dah Cik Aqil dengan kembo nye arwah Irfan..Kejap pulak dah 2 tahun..macam2 hal kerenah Cik Aqil ni..Orang kata paling "win" pasal Cik Aqil ni..dia dikenali dengan "budak kuat nagis"..Dari lahir sampai la ni...

Walaupun dia kuat nagis..tapi dia rajin tolong Cik Haza..kalau bab tolong sidai baju...memang laju dia nolong hulurkan..kadang-kadang sampai tak dan Cik Haza nak sidai..mengemas barang pun rajin..pantang tengok Cik Haza pegang barang mainan letak dalam bakul..cepat2 dia pun kutip sekali mainan dia..Yang pasal kemas-mengemas memang Cik Haza puji..Bila angin rajin mai...tak yah suruh..dia kemas sendiri barang mainan yang bersepah..

Memandangkan Aqil ni dapat adik time umur dia 1 tahun 1 bulan..Jadi kecik2 lagi dah nampak sifat abang long dia..Kalau Cik Haza tengah sibuk..dia lah harapan untuk tengok kan adik..psssstt..kadang2 bole harap..kadang2 diajak nya adik dia buat kerja berdua...paling bole harap bab pegangkan botol susu adik bila adik menyusu..



Birthday 2 tahun ni..tak da la Cik Haza sambut macam tahun lepas..beria beli cup cake..Tahun ni sebab En husband pun tak da..no cake untuk birthday boy..Tapi Cik Haza buat DIY sendiri untuk sambut birthday boy..tema tahun ni Pirate..


Taraaa..ini la Pirate Cik Haza

Bila tunjuk gambo atas ni dekat En husband..Dia cakap topi pirate tak da ke..Besok nya..berusaha la Cik Haza buat template topi pirate...Dengan barang yang terhad..Kita tampal je template topi tu dekat topi kesukaan Aqil..Jadi la DIY asal boleh untuk birthday boy..



Time ni birthday boy monyok je..Sian demam time hari lahir..tapi dilayan kan jugak bila Cik Haza suh posing nak ambik gambo..


" each moment of ur life is
like a picture
which u have never
seen before and
which you will never
see again
so enjoy and live it, make each
moment of your life beautiful !"

-Happy Birthday my twins-
- Al-fatihah untuk 1st twins -Irfan-

Friday, 14 August 2015

Kopi Sechewen, Simpang Pulai

Pernah dengar orang cerita pasal kedai ni..




Gambar di atas dari sumber google


Dah lama dah ajak En husband try makan kat sini..Last2 tercapai juga hajat makan ..Balik raya dari KL singgah la kedai ni..Sampai pun dalam jam 10pm..Dengar orang cerita Capati kedai ni meletop, marvelous,melting bila makan..macam-macam la nak kata capati kedai ni sedap..
Jadi nya, Cik Haza pun terliur la nak rasa betul ke idok kata-kata orang tu..Kita belanja gambo untuk cerita kan macam mana Capati dekat kedai " Kopi Sechewen "


Ni la kopi sempena nama kedai 


Sampai la capati yang ditunggu-tunggu..

Tak cukup sepinggan..order punya order..sedar2 dah 3 pinggan..nak order lagi Cik Haza dah malu..

Yang pasti Cik Haza makan 3 pinggan memang rasa nak tambah dan lagi dan lagi dan lagi..Rasa tak puas makan..Sebab nya, ini lah capati yang sangat gebu pernah Cik Haza rasa..Selalu makan capati dekat kedai mamak rasa macam tak lalu nak habiskan sekeping..Sebabnya kedai mamak capati nya macam kering..Tambah pula kat kedai ni, bukan saja capati nya gebu..Kuah nya pun sangat sedap..Malam tu kami cicah dengan kuah kari ayam..En Aqil pun terlagi-lagi cicah capati dengan kari ayam..Siap nak cicah sendiri..

Capati dengan Kopi dia memang terbaik bak hang..!!

 

Memang akan repeat lagi makan Capati kedai ni..Ni address kedai dia

Keluar je exit toll Simpang Pulai yang bole pegi Cameron Highland..Dalam 500m keluar toll,ada traffic light simpang empat..sebelum trafiic light tu pandang lah sebelah kanan ada kedai makan dengan signboard "Kopi Sechewen"..Kedai ni buka dari jam 5pm sampai la 12 malam..









Tuesday, 4 August 2015

Selamat Hari Raya 2015..!!

Tahun ni beraya di Penang..Ini la raya pertama Cik Amir..punya la pujuk dua anak teruna ni di pagi raya pakai baju melayu..Menagis meronta-ronta tak nak pakai..Bila dah pakai haaa sampai malam tak bagi salin baju lain..nak pakai baju tu je...

Pagi raya jalan-jalan rumah tok sedara dekat-dekat rumah je..petang Cik somi ajak pegi beraya rumah best friend sekolah dia...Kami excited dapat jalan-jalan..

Beraya rumah aunty Hilma..bukan main suka dua budak ni..rumah aunty ada banyak kereta..pegang kemas kereta tak lepas..sampai nak balik suruh pulangkan tak mau..Menagis melolong..Sampai ayah kena umpan pegi Quensbay Mall untuk cari kereta dekat Aqil..
 
Dah alang-alang keluar..Cik Haza pun ajak la En Somi pegi jalan-jalan tangkap gambar raya..So tahun ni gambar raya bertemakan tepi laut..Berlatarbelakangkan Pulau Jerejak dan jambatan Pulau Pinang..
 



  Tara..ni la gambar raya family tahun ni..




 



Thursday, 25 June 2015

Baju Pertama di hari pertama Muhammad Aqil Daniyal

Tiba-tiba teringat baju 1st day Aqil pakai lepas lahir...

Ayah ingat lagi tak kita beli baju ni 2 set..ingat tak dekat kembar kita..? Bila dah nak dekat due baru beli baju..Dekat Labuan tak banyak choice baju baby yang menarik...ambik je yang simple-simple..

Hari ni teringat nak pakaikan dekat 2 hero..muat ke tak dorang ni pakai..

Taraaaa



Muat lagi dorang pakai..Walaupun saiz baju ni 3-6 bulan..Aqil 1y9m & Amir 8m time pakai baju ni..


Tak dapat nak pakaikan dua-dua baju ni masa 1st day anak pertama lahir..Setelah 1 tahun 9 bulan, mama pakaikan untuk anak kita yang tak kembar ni..hihi..dapat jugak bayangkan Aqil dengan Irfan pakai..kiki..Walaupun baju ni dah tak nampak sama sebab Apple dia dah tanggal..kena hisap dengan Aqil..

Throwback 

Time kemas-kemas beg untuk bawa pegi hospital bila bersalin ni selalunya mama rajin kemas beg untuk baby je..Beg untuk mama memang tak kemas..Dua kali bersalin, beg mama untuk pegi hospital ayah yang kemaskan..Bila ayah hantar beg pegi hospital..mama akan check..hurmm..mesti senyum sorang-sorang bila tengok barang yang ayah kemas..Hampir 70% perfect..Ok la dibandingkan bila lelaki yang kemaskan barang tanpa bantuan isteri dia..Terima kasih ayah disaat darurat anda pasti buat walaupun anda malas nak buat, betul tak? hihi..

Time pack beg baby untuk Aqil dulu..mama kemas sebulan sebelum bersalin..time tu tak tau lagi condition anak kembar dalam perut..So mama letak dua-dua baju yang dalam gambar ni la dalam beg baby..Tapi beg mama ayah packing lepas ayah hantar mama masuk hospital..



 
Bila mama nak kena masuk labor room keesokan harinya..Nurse bidan tu suruh bawa barang-barang baby masuk sekali labor room..Mama terus blurrr..siap tanya kat bidan tu..

mama: "barang apa ye nak bawa untuk baby..?" 

Maklum la..1st time nak masuk labor room..pastu sorang-sorang je..tak da orang tua-tua yang teman dekat hospital..

bidan: " bawa la baju baby sepasang dengan bawa kain batik"

Mama pun teringat masa selongkar beg yang ayah bawa tu macam ada nampak kain batik dalam beg..

Dalam hati mama terdetik juga: "Ayah ni bole tergerak hati nak letak kain batik..Dah tu letak kain batik yang aku simpan tak pakai-pakai sejak beli pulak tu..

Dalam banyak-banyak kain batik yang dibeli..yang tu la satu-satunya paling cantik..background warna hitam..ada corak bunga sikit..simple but nice..sebab tu sayang nak pakai..Rupanya sixth sense yang Allah bagi tu untuk bagi arwah Irfan pakai kain batik baru bila sambut dia selepas lahir..

Bila mama dapat balik rumah lepas seminggu duduk hospital.. 

Tergerak hati nak tanya ayah..Kain yang balut Irfan tu ada simpan tak?

Belum sempat tanya..sebelum keluar kereta nak masuk rumah..

Ayah : " Mama kain yang buat balut Irfan..Ayah dah buang.."
Mama: " Napa buang?"
Ayah: " Mak (MIL) suruh buang..takut mama teringat dekat Irfan.."
Dalam hati mama : " Buang la sejauh mana pun..kain batik tu dengan Irfan tetap mama ingat sampai bila-bila..dua-dua benda yang mama sayang tu..satu ayah buang..dan satu Allah jaga..hehehe"

Just share dengan ayah benda yang mama tak penah cerita dekat ayah face to face..Mama nak cerita dengan ayah dalam bentuk tulisan..

Ingat lagi tak gambar dan baju ni..Aqil pakai baju saja..dah tutup sampai ke kaki..





Saturday, 20 June 2015

Happy Father's Day...!!

Walaupun jarang dapat jumpa En husband..Dalam seminggu sehari je dapat habiskan masa untuk satu family..So masa itu sangat berharga untuk dihabiskan bersama hero-hero kami yang sememangnya suka berjalan..

Ahad lepas En husband cadang nak bawa g pangkor..bawa 2 hero ni mandi laut..memandangkan leceh nak bawa banyak barang nak berkelah..tukar plan nak berkelah dekat Teluk Rubiah..Google la map nak g sana..Pusing-pusing tak jumpa pun Teluk Rubiah..Signboard tak banyak..memang susah nak cari..Last-last Teluk Batik je la bawak 2 hero ni pegi mandi laut..


 Ini la muka-muka ceria En Aqil dengan En Amir bila mama dan ayah bagi buat aktiviti suka hati...En husband bersama Aqil main pasir...







 Muka puas dapat main pasir 

Ni masa bersama anak sorang lagi..dengan Amir lepak-lepak ambil angin..

Macho tak saya..



Muka seronok dapat jalan..


3 hero a.k.a bodyguard Cik Haza

Dah puas main pasir dengan anak..Jom mandi laut..Tapi En Aqil takut air..


  Muka lepas nagis...ayah rendam dalam laut..

Ayah dah penat mandi laut..mama pulak layan Aqil main bola..



Terima kasih En husband..Walaupun sebuk dengan kerja, kadang-kadang langsung tak smpat sempat contact kami.. selalunya kita akan contact dalam sehari cuma beberapa jam je, tapi tetap mencari masa untuk bersama kami..

We don't have
all we want
but
WE ARE HAPPY
with all we have 

" Happy Father's Day"


"The effort you do everyday for our family worth a lot, although you get tired always get to play with our children, I love you for being who you are and for all that you do..Happy Father's Day, Mr. Wonderful..!!"

 
With lots of love
-Aqil, Amir & Mama-
21 June 2015