Tiba-tiba teringat baju 1st day Aqil pakai lepas lahir...
Ayah ingat lagi tak kita beli baju ni 2 set..ingat tak dekat kembar kita..? Bila dah nak dekat due baru beli baju..Dekat Labuan tak banyak choice baju baby yang menarik...ambik je yang simple-simple..
Hari ni teringat nak pakaikan dekat 2 hero..muat ke tak dorang ni pakai..
Taraaaa

Muat lagi dorang pakai..Walaupun saiz baju ni 3-6 bulan..Aqil 1y9m & Amir 8m time pakai baju ni..
Throwback
Time kemas-kemas beg untuk bawa pegi hospital bila bersalin ni selalunya mama rajin kemas beg untuk baby je..Beg untuk mama memang tak kemas..Dua kali bersalin, beg mama untuk pegi hospital ayah yang kemaskan..Bila ayah hantar beg pegi hospital..mama akan check..hurmm..mesti senyum sorang-sorang bila tengok barang yang ayah kemas..Hampir 70% perfect..Ok la dibandingkan bila lelaki yang kemaskan barang tanpa bantuan isteri dia..Terima kasih ayah disaat darurat anda pasti buat walaupun anda malas nak buat, betul tak? hihi..
Time
pack beg baby untuk Aqil dulu..mama kemas sebulan sebelum bersalin..time
tu tak tau lagi condition anak kembar dalam perut..So mama letak dua-dua baju yang dalam gambar ni la dalam beg baby..Tapi beg mama ayah packing lepas ayah hantar mama masuk hospital..
Bila mama nak kena masuk labor room keesokan harinya..Nurse bidan tu suruh bawa barang-barang baby masuk sekali labor room..Mama terus blurrr..siap tanya kat bidan tu..
mama: "barang apa ye nak bawa untuk baby..?"
Maklum la..1st time nak masuk labor room..pastu sorang-sorang je..tak da orang tua-tua yang teman dekat hospital..
bidan: " bawa la baju baby sepasang dengan bawa kain batik"
Mama pun teringat masa selongkar beg yang ayah bawa tu macam ada nampak kain batik dalam beg..
Dalam hati mama terdetik juga: "Ayah ni bole tergerak hati nak letak kain batik..Dah tu letak kain batik yang aku simpan tak pakai-pakai sejak beli pulak tu..
Dalam banyak-banyak kain batik yang dibeli..yang tu la satu-satunya paling cantik..background warna hitam..ada corak bunga sikit..simple but nice..sebab tu sayang nak pakai..Rupanya sixth sense yang Allah bagi tu untuk bagi arwah Irfan pakai kain batik baru bila sambut dia selepas lahir..
Bila mama dapat balik rumah lepas seminggu duduk hospital..
Tergerak hati nak tanya ayah..Kain yang balut Irfan tu ada simpan tak?
Belum sempat tanya..sebelum keluar kereta nak masuk rumah..
Ayah : " Mama kain yang buat balut Irfan..Ayah dah buang.."
Mama: " Napa buang?"
Ayah: " Mak (MIL) suruh buang..takut mama teringat dekat Irfan.."
Dalam hati mama : " Buang la sejauh mana pun..kain batik tu dengan Irfan tetap mama ingat sampai bila-bila..dua-dua benda yang mama sayang tu..satu ayah buang..dan satu Allah jaga..hehehe"
Just share dengan ayah benda yang mama tak penah cerita dekat ayah face to face..Mama nak cerita dengan ayah dalam bentuk tulisan..
Ingat lagi tak gambar dan baju ni..Aqil pakai baju saja..dah tutup sampai ke kaki..
No comments:
Post a Comment