Thursday, 4 June 2015

Cucur Bayam

Petang ni ingat nak keluar cari popia stesen yang famous dekat kuala ni..Tapi memandangkan nak angkut 2 budak ni macam susah je, Cik Haza cancel kan aja niat tu..Tunggu Cik husband balik sabtu ni la baru mencari popia..

Korek peti ais tengok bayam banyak lagi..kalau masak sayur Cik Aqil belum tentu lagi nak makan dengan nasi..So tengok tepung dengan telur ada, terus bancuh nak buat cucur bayam..Try je buat nak tengok Cik Aqil nak makan ke tak cucur letak bayam ni...

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
6/7 batang bayam (ambil daun sahaja)
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Secukupnya air

Cara-cara:
Bersihkan bayam dan ambil daun sahaja.
Gaul bayam bersama tepung,garam,gula,telur dan kunyit (kalau tak letak pun bole). Anggarkan air jangan terlalu cair .

 

Agak-agak bancuhan macam dalam gambar.
Kemudian gaul sampai rata.
Last sekali boleh la digoreng.

Siap digoreng..


Cik Aqil makan cicah sos tomato..Ingat kan tak suka..Rupanya minta tambah berkali-kali


Nampak tak keghairahan Cik Amir nak makan cucur bayam ni


Siap bawa lari tapeware..Menagis-nagis minta nak tapeware cucur ni



No comments:

Post a Comment