Thursday, 25 June 2015

Baju Pertama di hari pertama Muhammad Aqil Daniyal

Tiba-tiba teringat baju 1st day Aqil pakai lepas lahir...

Ayah ingat lagi tak kita beli baju ni 2 set..ingat tak dekat kembar kita..? Bila dah nak dekat due baru beli baju..Dekat Labuan tak banyak choice baju baby yang menarik...ambik je yang simple-simple..

Hari ni teringat nak pakaikan dekat 2 hero..muat ke tak dorang ni pakai..

Taraaaa



Muat lagi dorang pakai..Walaupun saiz baju ni 3-6 bulan..Aqil 1y9m & Amir 8m time pakai baju ni..


Tak dapat nak pakaikan dua-dua baju ni masa 1st day anak pertama lahir..Setelah 1 tahun 9 bulan, mama pakaikan untuk anak kita yang tak kembar ni..hihi..dapat jugak bayangkan Aqil dengan Irfan pakai..kiki..Walaupun baju ni dah tak nampak sama sebab Apple dia dah tanggal..kena hisap dengan Aqil..

Throwback 

Time kemas-kemas beg untuk bawa pegi hospital bila bersalin ni selalunya mama rajin kemas beg untuk baby je..Beg untuk mama memang tak kemas..Dua kali bersalin, beg mama untuk pegi hospital ayah yang kemaskan..Bila ayah hantar beg pegi hospital..mama akan check..hurmm..mesti senyum sorang-sorang bila tengok barang yang ayah kemas..Hampir 70% perfect..Ok la dibandingkan bila lelaki yang kemaskan barang tanpa bantuan isteri dia..Terima kasih ayah disaat darurat anda pasti buat walaupun anda malas nak buat, betul tak? hihi..

Time pack beg baby untuk Aqil dulu..mama kemas sebulan sebelum bersalin..time tu tak tau lagi condition anak kembar dalam perut..So mama letak dua-dua baju yang dalam gambar ni la dalam beg baby..Tapi beg mama ayah packing lepas ayah hantar mama masuk hospital..



 
Bila mama nak kena masuk labor room keesokan harinya..Nurse bidan tu suruh bawa barang-barang baby masuk sekali labor room..Mama terus blurrr..siap tanya kat bidan tu..

mama: "barang apa ye nak bawa untuk baby..?" 

Maklum la..1st time nak masuk labor room..pastu sorang-sorang je..tak da orang tua-tua yang teman dekat hospital..

bidan: " bawa la baju baby sepasang dengan bawa kain batik"

Mama pun teringat masa selongkar beg yang ayah bawa tu macam ada nampak kain batik dalam beg..

Dalam hati mama terdetik juga: "Ayah ni bole tergerak hati nak letak kain batik..Dah tu letak kain batik yang aku simpan tak pakai-pakai sejak beli pulak tu..

Dalam banyak-banyak kain batik yang dibeli..yang tu la satu-satunya paling cantik..background warna hitam..ada corak bunga sikit..simple but nice..sebab tu sayang nak pakai..Rupanya sixth sense yang Allah bagi tu untuk bagi arwah Irfan pakai kain batik baru bila sambut dia selepas lahir..

Bila mama dapat balik rumah lepas seminggu duduk hospital.. 

Tergerak hati nak tanya ayah..Kain yang balut Irfan tu ada simpan tak?

Belum sempat tanya..sebelum keluar kereta nak masuk rumah..

Ayah : " Mama kain yang buat balut Irfan..Ayah dah buang.."
Mama: " Napa buang?"
Ayah: " Mak (MIL) suruh buang..takut mama teringat dekat Irfan.."
Dalam hati mama : " Buang la sejauh mana pun..kain batik tu dengan Irfan tetap mama ingat sampai bila-bila..dua-dua benda yang mama sayang tu..satu ayah buang..dan satu Allah jaga..hehehe"

Just share dengan ayah benda yang mama tak penah cerita dekat ayah face to face..Mama nak cerita dengan ayah dalam bentuk tulisan..

Ingat lagi tak gambar dan baju ni..Aqil pakai baju saja..dah tutup sampai ke kaki..





Saturday, 20 June 2015

Happy Father's Day...!!

Walaupun jarang dapat jumpa En husband..Dalam seminggu sehari je dapat habiskan masa untuk satu family..So masa itu sangat berharga untuk dihabiskan bersama hero-hero kami yang sememangnya suka berjalan..

Ahad lepas En husband cadang nak bawa g pangkor..bawa 2 hero ni mandi laut..memandangkan leceh nak bawa banyak barang nak berkelah..tukar plan nak berkelah dekat Teluk Rubiah..Google la map nak g sana..Pusing-pusing tak jumpa pun Teluk Rubiah..Signboard tak banyak..memang susah nak cari..Last-last Teluk Batik je la bawak 2 hero ni pegi mandi laut..


 Ini la muka-muka ceria En Aqil dengan En Amir bila mama dan ayah bagi buat aktiviti suka hati...En husband bersama Aqil main pasir...







 Muka puas dapat main pasir 

Ni masa bersama anak sorang lagi..dengan Amir lepak-lepak ambil angin..

Macho tak saya..



Muka seronok dapat jalan..


3 hero a.k.a bodyguard Cik Haza

Dah puas main pasir dengan anak..Jom mandi laut..Tapi En Aqil takut air..


  Muka lepas nagis...ayah rendam dalam laut..

Ayah dah penat mandi laut..mama pulak layan Aqil main bola..



Terima kasih En husband..Walaupun sebuk dengan kerja, kadang-kadang langsung tak smpat sempat contact kami.. selalunya kita akan contact dalam sehari cuma beberapa jam je, tapi tetap mencari masa untuk bersama kami..

We don't have
all we want
but
WE ARE HAPPY
with all we have 

" Happy Father's Day"


"The effort you do everyday for our family worth a lot, although you get tired always get to play with our children, I love you for being who you are and for all that you do..Happy Father's Day, Mr. Wonderful..!!"

 
With lots of love
-Aqil, Amir & Mama-
21 June 2015

Wednesday, 17 June 2015

Que Sera Sera

When I was just a little girl
I asked my parent, "what will I be?
Will I be pretty, will I be rich?"
Here's what they said to me..

Que Sera, Sera
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see

Now I have children of my own
They ask their father, "What will I be
Will I be handsome, will I be rich?"
I tell them tenderly

Que Sera, Sera
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see



Apa saja yang dipilih Amir bila besar nanti..nak jadi engineer ke kontraktor binaan ke..Kami tetap akan sokong...Berfikir seperti tok chik dan bekerja la seperti ayah..Pasti Amir akan ada banyak masa untuk family dan bekerja dari rumah.."Que Sera, Sera...Whatever will be, will be.."

 




 

Thursday, 4 June 2015

Cucur Bayam

Petang ni ingat nak keluar cari popia stesen yang famous dekat kuala ni..Tapi memandangkan nak angkut 2 budak ni macam susah je, Cik Haza cancel kan aja niat tu..Tunggu Cik husband balik sabtu ni la baru mencari popia..

Korek peti ais tengok bayam banyak lagi..kalau masak sayur Cik Aqil belum tentu lagi nak makan dengan nasi..So tengok tepung dengan telur ada, terus bancuh nak buat cucur bayam..Try je buat nak tengok Cik Aqil nak makan ke tak cucur letak bayam ni...

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
6/7 batang bayam (ambil daun sahaja)
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil gula
1 biji telur
Sedikit serbuk kunyit
Secukupnya air

Cara-cara:
Bersihkan bayam dan ambil daun sahaja.
Gaul bayam bersama tepung,garam,gula,telur dan kunyit (kalau tak letak pun bole). Anggarkan air jangan terlalu cair .

 

Agak-agak bancuhan macam dalam gambar.
Kemudian gaul sampai rata.
Last sekali boleh la digoreng.

Siap digoreng..


Cik Aqil makan cicah sos tomato..Ingat kan tak suka..Rupanya minta tambah berkali-kali


Nampak tak keghairahan Cik Amir nak makan cucur bayam ni


Siap bawa lari tapeware..Menagis-nagis minta nak tapeware cucur ni



Tuesday, 2 June 2015

Chef Noodle House Sri Manjung

Last 2 3 week yang lepas, Kami dinner dekat Chef Noodle House (CNH) Setiawan Manjung..Selalu nya kalau kedai noodle ni kebanyakannya owner Cina..Tapi kedai ni tuan punya adalah orang Melayu dan senang nak cari sebab kedainya tepi jalan..CNH terletak dijalan Sri Manjung-Kampung Koh..Yang Cik Haza ingat ada traffic light berdekatan kedai..Kedai ni start niaga sejak tahun 2006..Walaupun nama kedai lebih kepada noodle..Tapi ada juga western food, nasi goreng & macam2 menu lagi..Range harga tak mahal dan tak juga murah..Kira harga sedang2 la..Pinggan dia memang besar..

Makanan yang kami order 



Cik Haza order Yee Mee Mamak Style + air Kiwi..Mee dia bole bagi rate 8/10 tapi air dia nak rate 10/10 sebab air dia cukup rasa.. 



Cik Husband punya tak ingat nama menu + air Teh Apple with Honey..Cik Haza yang tak suka minum teh pun suka air ni sebab tak rasa teh..lebih kepada rasa apple..

Yang ni of course la makanan untuk Cik Aqil..Mushroom Soup..Sangat sedap..Rasa dia ada masam,masin & manis mushroom..Memang ada rasa tersendiri yang tak dapat dekat mushroom soup pizza hut..Sebabkan pinggan dia besar,so soup nya pun banyak..Aqil makan dekat setengah pinggan..Ayah dengan mama ni dok tunggu la bila Aqil nak berenti makan sebab kami berdua dah tak sabar nak berebut menghabiskan mushroom soup yang sangat sedap..Mama bagi 10/10 untuk soup ni..  

View kedai




Tapi kalau nak datang kedai ni jangan datang time perut betul2 lapar..kalau tak confirm rasa nak makan pelayan2 kedai ni..Service menghantar makanan dia agak lambat..Jadi kalau nak makan kat kedai ni lebih baik lapik sikit perut tu..


Kat kedai ni majoriti Cik Haza tengok setiap meja mesti ada order chicken/beaf chop..Mungkin Chop kedai ni sedap juga kot..Lepas ni confirm la kami akan datang lagi kedai ni..