
Gambar di atas dari sumber google
Dah lama dah ajak En husband try makan kat sini..Last2 tercapai juga hajat makan ..Balik raya dari KL singgah la kedai ni..Sampai pun dalam jam 10pm..Dengar orang cerita Capati kedai ni meletop, marvelous,melting bila makan..macam-macam la nak kata capati kedai ni sedap..
Jadi nya, Cik Haza pun terliur la nak rasa betul ke idok kata-kata orang tu..Kita belanja gambo untuk cerita kan macam mana Capati dekat kedai " Kopi Sechewen "

Ni la kopi sempena nama kedai

Sampai la capati yang ditunggu-tunggu..
Tak cukup sepinggan..order punya order..sedar2 dah 3 pinggan..nak order lagi Cik Haza dah malu..
Yang pasti Cik Haza makan 3 pinggan memang rasa nak tambah dan lagi dan lagi dan lagi..Rasa tak puas makan..Sebab nya, ini lah capati yang sangat gebu pernah Cik Haza rasa..Selalu makan capati dekat kedai mamak rasa macam tak lalu nak habiskan sekeping..Sebabnya kedai mamak capati nya macam kering..Tambah pula kat kedai ni, bukan saja capati nya gebu..Kuah nya pun sangat sedap..Malam tu kami cicah dengan kuah kari ayam..En Aqil pun terlagi-lagi cicah capati dengan kari ayam..Siap nak cicah sendiri..
Capati dengan Kopi dia memang terbaik bak hang..!!
Memang akan repeat lagi makan Capati kedai ni..Ni address kedai dia
Keluar je exit toll Simpang Pulai yang bole pegi Cameron Highland..Dalam 500m keluar toll,ada traffic light simpang empat..sebelum trafiic light tu pandang lah sebelah kanan ada kedai makan dengan signboard "Kopi Sechewen"..Kedai ni buka dari jam 5pm sampai la 12 malam..